Monday, November 9, 2009

Forex ... eCommerce

Hari nih mmg hari yang menjadi kata org utara... alhamdullillah... apa yang dirancang semua menjadi setakat la ni laa ... satgi blum tau lagik... apa2 pun syukur kerana apa yg aku harap2kan dah menepati sasaran. Forex adalah sebahagian dari hidup aku... aku trade forex secara kecik2 dan apa yang terjadi minggu lepaih tu amat sengsara... huhuhuhu... nak kata rugi dak nak kata untung pon dak sbb posts semua blum tutup... cumer tergantung tak bertali... tapi sejak semalam aku dok tengok2 perati2... insya'allah boleh la kot dia tutup semua posts aku besoknya (hari ni laaa)... last2 mmg apa yg aku pikiaq semalam mmg terjadi hari ni! Semua tertutup secara auto. Alhamdullillah sekali lagi sbb aku dah untung. Disini aku belajaq (walau pun badan dah bau tanah) bahawa kalo kita banyak besabaq mmg Allah swt akan memakbulkan permintaan kita.... usaha kita. Itu yg pasti insya'allah. Dunia forex ni mmg dunia yg blum pasti kerana ramai traders hancoq punah duit2 depa kerana sifat tamak (termasuk la aku masa dulu2 tu) sbb pada pemikiran depa (dan aku) forex boleh buat duit... kuikuikui. Yang sebenaqnya, mmg boleh buat duit dengan syarat... hangpa semua nak kena ada displin diri dan sifat tamak bubuh kat sebelah kalo boleh punggai jauh2 sikit supaya hangpa tak nampak sifat tu masa trading. Selagi ada sifat2 tu... dok jauh2 jgn dok cuba2 nak trade forex. Sat gi misti nyer la sorang kawan hangpa nanti mai bertanya kabaq... nama dia Cik Marginah. Ketaq ooo kalo dia mai kat pintu umah. Mmg bahaya kalo dia mai tanya kabaq!!! Tambah2 kalo dia tanya... "Mamu nak 'dating' ka???" Uishhhh... Aku dah serik nak 'dating' ngan dia... mahai ooo kalo dia ajak pi 'dating' kekadang boleh kempih poket kita! Ni cumer nak nasihat jaaa nooo... kalo2 la ada org yg mai baca kat sini... aku sarankan tok sah la dok trade forex kalo blum cukup 'ilmu' kat dada tu... sbb banyak nak kena belajaq... sikit2 pun nak kena tau gak TA ngan FA... kalo dak duit hangpa tu baguih tarok dlm ASB jer.

Satu lagi yg aku mmg dah lama nak buat... angan2 la dulu tu tapi la ni insya'allah akan menjadi kenyataan tak lama lagi kot.... iaitu ecommerce. Aku minat giler kat benda Allah ni tapi tak to nak buat camner... last2 aku pi klik2 website org and google cari pasai bisness internet ni. Alhamdullillah aku berjumpa la dgn sorang dua sifu bahgian ni. Dengan tunjuk ajaq depa ni... alhamdullillah.. aku dah boleh faham dan tak lama lagi akan bermulalah sessi penjualan internet dari aku sendiri. Segala penyediaan dan pelaburan dah aku buat utk tujuan benda ni harap2 lepaih ni aku akan berjaya gak cam org2 yg terdahulu dari aku insya'allah. Motto aku senang jer... selagi ada kemahuan.. misti ada jalan dan disamping tu kita kena la berusaha kuat nooo.. jgn dok harap buat tu dah.. lepaih tu nak duit jer... kalo camtu ramai dah jadi jutawan hehehe. Aku lak akan mulakan internet bisnez aku guna ebay dan jugak ecommerce... import barang2 dari UK, China dan India insya'allah. Kalo menjadi aku akan share kan knowledge aku kat sini. Aku pon nak ucapkan makasih bebanyak kat sifu2 aku yg tak penah merasa penat melayan soklan2 yg aku bagi kat depa sampai la aku faham apa yg aku nak buat. Makasih sifu2 semua. Harap2 hangpa semua diberkati dan dimurahi rezki kerana membantu memberi ilmu nko rang tu kat org2 macam aku.

No comments:

Post a Comment